Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Hit Counter

Custom Search

Pantun Melayu..

Sirih Berlipat Sirih Pinang
Sirih Dari Pulau Mutiara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara

Wednesday, September 10, 2008

Siapa sebenarnya yang rasis?

Pada hari Ahad yang lalu, kelihatan satu artikel yang menarik dibaca dan perlu direnungkan dan dihayati. Berikut artikel yang diambil daripada Utusan Malaysia bertarikh 7 September 2008 yang lalu.

Siapa sebenarnya yang rasis?


Malaysia yang unik. Pelbagai agama dan bangsa memerlukan kita saling hormat menghormati.

"Rasis" dan "perkauman" telah lama menjadi istilah yang mengikat orang-orang Melayu daripada bercakap tentang kepentingan Melayu. Dua istilah ini sekaligus menjadi fobia kepada orang Melayu, mereka bimbang kalau apa yang dikatakan terjebak dalam erti rasis atau perkauman. Kalau ini berlaku, fikir mereka, sudah tentu akan menyinggung perasaan kaum lain yang datang kemudian tetapi diterima menjadi rakyat negara ini. Bagaimanapun dari sudut lain, fobia dilabel dua istilah ini pula membuka laluan kepada kaum lain bertindak sebaliknya kepada orang Melayu.

Jalur Gemilang

Sebenarnya kedua-dua istilah ini tidak ada dalam perbendaharaan kata adat dan berbudaya orang Melayu. Orang Melayu tidak diajar untuk berlaku rasis kepada kaum lain, biar pun kaum yang datang kemudian itu membawa maksud pendatang. Dalam budaya dan tradisi Melayu, tetamu tetap dirai, silap dan lantangnya pula terpaksa ditelan dengan senyum dan bermanis muka. Inilah orang Melayu. Sejak turun temurun mereka diasuh mendahulukan yang datang seperti kata bidalan, orang asing yang singgah kekenyangan, anak di rumah mati kelaparan. Dalam konteks politik, orang Melayu berpesan kepada diri sendiri supaya memegang etika sebagai tuan rumah. Tetapi pada masa yang sama, sesetengah pihak dalam kalangan kaum yang datang ke negara ini tidak membawa budaya pendatang yakni menjaga hati tuan rumah.

Tetapi apalah gunanya menjadi tuan rumah kalau terlalu kerap disuruh beralah dengan gelagat orang asing yang datang ke rumah mereka? Sebenarnya orang Melayu di negara ini sudah lama dimangsai oleh dua istilah di atas yang dilabelkan dengan sewenang-wenangnya kepada kepada orang Melayu yang menyuarakan tentang hak mereka. Ketidakadilan menggunakan label ini sangat jelas apabila rasis tidak dirujuk kepada kaum lain, melainkan orang Melayu. Persoalannya benarkah orang Melayu rasis ketika ada kaum lain yang berarak dan membuat keganasan di jalan-jalan raya mempertikaikan hak orang-orang Melayu?

Isu Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang menganggap orang Cina sebagai "pendatang" memberi peluang terbaru untuk melabelkan orang Melayu sebagai rasis. Ahmad Ismail "diserang" bertalu-talu oleh parti Gerakan, sebuah parti yang duduk bersama UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Gerakan yakni orang Cina menuntut Ahmad Ismail meminta maaf kerana menganggap orang Cina sebagai pendatang. Gerakan melabelkan Ahmad Ismail sebagai rasis dan kecinaan Gerakan pun semakin terserlah apabila mahu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN. Label rasis begitu mudah digunakan untuk merujuk tindak tanduk orang Melayu yang menyebut asal usul orang Cina di negara ini. Padahal dalam konteks sejarah apa yang disebut oleh Ahmad Ismail itu memang tertulis kebenarannya.

Dalam sebuah kampung yang dihuni oleh orang Melayu bukanlah suatu fenomena yang luar biasa kalau ada sebuah kedai runcit Cina yang begitu maju perniagaannya. Siapakah yang memajukan perniagaan kedai runcit ini kalau bukan semua orang Melayu di kampung berkenaan? Kalau benar orang Melayu mengamalkan racisme, percayalah tidak ada kedai India atau Cina di kampung-kampung Melayu. Orang Melayu tidak ada masalah untuk berurusan jual beli di kedai milik Cina dan sikap ini bukan dibuat-buat sebaliknya memang menjadi amalan sejak dulu lagi.

Sikap terbuka

Di pekan atau bandar-bandar pula, sebahagian besar kedai dimiliki oleh orang Cina dan segelintir saja dimiliki orang Melayu. Orang Cina tidak pergi ke kedai orang Melayu seperti orang Melayu berduyun-duyun ke kedai Cina. Malah sikap terbuka orang Melayu ini juga banyak membunuh perniagaan orang Melayu di pekan dan bandar-bandar besar apabila orang Melayu pilih kedai Cina dan orang Cina pilih kedai kaumnya. Itu pun orang Melayu tetap dianggap kaum yang mengamalkan racisme terhadap kaum lain.

Nampaknya orang Melayu tidak boleh lagi berterusan mengambil langkah yang apologetik semata-mata untuk mengambil hati kaum-kaum lain di negara ini. Apa saja yang menyentuh kepentingan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dan yang terkandung dalam Perlembagaan perlu terus diperjuangkan. Orang Melayu perlu mempunyai keberanian untuk menangkis pihak lain yang menggunakan istilah rasis dan perkauman untuk menutup hujah mengenai orang Melayu. Malah orang Melayu perlu menyerlahkan keberanian untuk tidak menjadikan Perlembagaan sebagai kitab usang. Caranya ialah dengan tidak membiarkan pihak lain dengan mudah memanipulasikan sentimen yang menjuruskan kepada rasis sesuatu kaum.

Isu Ketua UMNO Bukit Bendera ini perlu dijadikan titik penting untuk orang Melayu bangun menangkis sikap honar sesetengah pihak yang membakar api kaum di negara ini. Tentu banyak yang masih ingat kenyataan seorang anggota Gerakan ketika Hindraf melancarkan demonstrasi besar-besaran di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dulu. Katanya, memang benar dasar UMNO menjadikan orang India di negara ini hidup terpinggir. UMNO itu Melayu dan menuduh dasar UMNO dengan sendirinya mengaitkan kononnya amalan rasis dilakukan oleh orang Melayu ke atas orang India di negara ini. Malangnya UMNO tidak agresif seperti yang dilakukan Gerakan dalam isu Ahmad Ismail. Ini satu kegagalan UMNO menangani isu yang dijuruskan kepada rasis. Tolong tanya kepada Gerakan, apakah tindakan yang diambil ke atas anggota Gerakan berkenaan yang bukan saja bertentangan dengan amalan Barisan Nasional tetapi lebih bahaya lagi menyalakan api rasis antara Melayu dengan India.

Adakah orang Melayu masih dianggap rasis selepas orang India dalam Gerakan menuduh dasar sebuah parti Melayu mengamalkan racisme hingga mereka terpinggir daripada pembangunan? Orang Melayu mesti membetulkan tanggapan begini supaya sejarah tidak terus ditipu kononnya Melayu itu rasis. Dalam masa yang sama adakah Hindraf yang dengan terang terang berkata mereka memusuhi UMNO itu bukan rasis dan orang Melayu masih boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa? Memusuhi UMNO adalah memusuhi Melayu kerana UMNO itu parti Melayu sekali pun tidak semua Melayu berada dalam UMNO. Adakah satu kaum mengakui secara terbuka memusuhi kaum lain masih tidak dianggap rasis?

MIC sebuah parti komponen Barisan Nasional. MIC dianggotai oleh orang India. Hindraf sebuah pergerakan haram juga dianggotai oleh orang India. Tetapi apabila ada beberapa orang kuat Hindraf ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), MIC dan Hindraf mendesak kerajaan membebaskan kaum mereka yang ditahan dalam ISA. Tahanan ISA bukan saja terdiri daripada orang India. Orang Melayu lebih banyak ditahan di bawah ISA. Tetapi orang Melayu tidak pula mendesak kerajaan membebaskan tahanan Melayu di bawah ISA atau menganjurkan "parti hari jadi" anak tahanan ISA di lobi bangunan Parlimen. Tindakan memperjuangkan nasib orang India saja yang ditahan di bawah ISA adalah menjurus kepada racisme, yakni memperjuangkan kepentingan satu kaum saja. Tetapi orang Melayu masih "berbudi bahasa" dan tidak melabelkan tindakan MIC dan Hindraf itu sebagai rasis.

Toleransi

Di Selangor pula misalnya terdapat 700,000 orang beragama Hindu tetapi mereka mempunyai lebih 1,000 buah kuil. Padahal orang Islam di Selangor berjumlah empat juta orang tetapi hanya mempunyai 380 buah masjid. Sekiranya orang Melayu rasis, sudah tentu di Selangor tidak akan ada 700 kuil kalau melihat nisbah dengan jumlah masjid dan orang Islam. Semua ini berjalan lancar kerana toleransi orang Melayu yang faham peri pentingnya agama lain kepada kaum lain.

Kaum lain tidak perlu sengaja membuat andaian salah terhadap orang Melayu, kononnya Melayu kaum yang rasis dan penindas kepada kaum lain. Buktinya, dalam sejarah dan ketamadunan Melayu tidak mencatatkan Melayu sebagai penakluk. Lihatlah mana-mana catatan sejarah sekali pun, adakah mencatatkan bahawa orang Melayu menjadi penakluk seperti bangsa-bangsa lain di dunia? Kalau dilihat di luar konteks negara, dunia Melayu bukanlah sempit dan tidak berpengaruh. Tetapi memilik pengaruh besar tidak pernah menjadikan Melayu sebagai bangsa penakluk seperti sekian banyak penjajah yang menjajah negara ini. Jadi, orang Cina dan India perlu mengakui bahawa label rasis yang diberikan kepada orang Melayu sebenarnya membongkar sikap rasis mereka sendiri.

Toleransi orang Melayu sebenarnya hingga ke peringkat memakan diri. Semua ini tentunya dilakukan demi keamanan dan kestabilan politik di negara yang dihuni oleh pelbagai kaum ini. Apa lagi yang perlu orang Melayu korbankan supaya tidak dianggap rasis oleh orang bukan Melayu? Hinggakan menghunus keris yang menjadi salah satu daripada resam budaya Melayu tidak boleh dilakukan kerana orang Cina mentafsirkan keris itu melambangkan keganasan. Dalam budaya Melayu menghunus keris tidak ada kena mengena dengan mengamuk atau rasis terhadap kaum lain. Maka berkorbanlah orang Melayu memohon maaf kerana menghunus keris. Sebenarnya cerita tentang keris ini sangat sukar dipercayai tetapi begitulah realitinya yang terpaksa dihadapi oleh orang Melayu bagi menjaga keharmonian hidup di negara ini.


Pelajar Cina biadab! 'Namewee' yang berusia 24 tahun, dipercayai masih mengikuti pengajian dalam jurusan Komunikasi Massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan yang menghina kedaulatan Bangsa, Agama dan Negaraku Malaysia.

Kaum lain kena ingat, orang Melayu adalah manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang sama dengan orang lain. Sekiranya terlalu banyak provokasi yang melabelkan Melayu seolah-olah kaum yang rasis, sudah tentu suatu perasaan yang tidak baik wujud di antara pelbagai kaum di negara ini. Orang Melayu sebenarnya sangat terbuka. Lihatlah apabila ada anak muda Melayu yang membakar bendera Jalur Gemilang dalam kejadian di Batu Buruk, Terengganu, anak-anak muda itu menerima hukuman dan orang Melayu menerima dengan hati terbuka. Tetapi hati mereka remuk apabila seorang remaja Cina yang berada di luar negara menghina lagu Negaraku dengan mengubah lirik yang membawa maksud buruk tidak dikenakan apa-apa tindakan. Anak muda Melayu membakar Jalur Gemilang hanya disaksikan segelintir penduduk di Batu Buruk, tetapi lirik lagu Negaraku yang diubah dapat diakses di seluruh dunia menerusi Internet. MCA dan Gerakan juga mengkritik tindakan yang paling tidak patriotik itu tetapi nadanya sangat lembut dan akhirnya isu itu selesai tanpa penyudah.

Senikata Lagu Negaraku Malaysia yang dicintai. Sepatutnya kita dapat membezakan antara semangat patrotisme dan juga kepartian.

Maka kepada isu Ahmad Ismail di Bukit Bendera, ketegasan untuk tidak memohon maaf perlu dihormati serta difahami oleh Gerakan. Hanya baru sekali ini orang Melayu bertegas, selepas banyak kali orang Melayu mengorbankan perasaan mereka untuk menjaga hati kaum lain. Kenyataan bahawa kedudukan kaum lain tidak sama dengan bumiputera di negara ini bukanlah luar biasa. Malah dalam Perlembagaan juga ada peruntukkan tertentu yang tidak diberikan kepada kaum lain. Mempertikaikan kenyataan Ahmad Ismail sama dengan mempertikaikan Perlembagaan. Adakah Gerakan cukup besar untuk mempertikaikan Perlembagaan? Sebaliknya Gerakan yang kelihatan sangat rasis apabila tidak melihat kenyataan Ahmad Ismail dalam konteks yang menyeluruh. Gerakan sengaja memetik frasa-frasa tertentu untuk memperlihatkan seluruh kenyataan itu menjurus kepada rasis. Sebenarnya ini adalah satu contoh tindakan yang rasis.


Monday, July 7, 2008

Tiada Alasan Untuk Tidak Bersolat


TIADA ALASAN UNTUK TIDAK BERSOLAT

Seringkali kita memberikan alasan untuk tidak bersolat. Semoga koleksi gambar yang diperolehi daripada pelbagai sumber khususnya dari internet ini memberikan keinsafan dan motivasi buat diri yang selalu leka dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Amin.













Monday, June 30, 2008

ANAK KECIL DAN SEKETUL BATU

ANAK KECIL DAN SEKETUL BATU

Artikel dari internet:

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya. Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakanseseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran:

Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Sunday, June 8, 2008

Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY

Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY

Sebuah berita menyebut :-

KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.


i. Sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.

iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang. iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.

v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.

vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan

ULASAN UZAR :

Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.

Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja.

Peserta mungkin berkata

"Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun"

Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.

Mungkin juga ada yang berkata :-

"Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang "

Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :-

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )

Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu, "dari 10 kali main, biasnya hanya sekali menang dan 9 kali kalah".

Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim.

Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS. Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300. terus terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)-- adakah tindakan saya betul ustaz?? Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.

Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk.

Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.

Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net
3 Jun 2008


Friday, June 6, 2008

Petrol price to remain for next two months


From The Star 6.6.2008

Petrol price to remain for next two months
By IZATUN SHARI

SHAH ALAM: Petrol price is likely to remain at RM2.70 per litre for the next two months. Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad said the Government was monitoring the fuel price on a daily basis.

"We should allow the subsidy scheme to work. We haven't gone into monitoring the fuel price on a monthly basis. I have confidence that it's not going to go up," he told reporters Friday after attending the Umno retreat for supreme council members here.

"The most important thing is that the Government has no intention of reducing fuel subsidy any further and most likely the price will remain at RM2.70 per litre." He was asked to comment on whether consumers could expect another petrol hike within the next two months.
Asked about the rise in the price of sugar, he explained that the increase had nothing to do with the fuel hike."This could be due to the supply problem caused by panic buying. The situation will return to normal. We must realise that the sugar price increase is not related to fuel increase." He said sugar was a controlled item, which came under the Price Control Act, and the price could stabilise in due time.

The retail price of one kilogramme of sugar is expected to increase by 20sen next year following its price increase in the global market for the past two years. Currently, sugar is sold at RM1.45 per kg in Peninsular Malaysia and RM1.55 per kg in Sabah and Sarawak.


After This ..New Concept of 'Motor-Pool'..As "Ubah Gaya Hidup".

Don't be likes this..Dangerous!!

No Comment..

Thursday, June 5, 2008

International Conference on Entrepreneurship 2008

International Conference on Entrepreneurship 2008
Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi, Kedah.
27 - 28 May 2008
Organized by: Faculty of Management and Muamalah, KUIS.



Theme: Towards Developing Global Entrepreneurship Societies



Comittee Members of International Conference on Entrepreneurship 2008 (ICE 2008)





Sunday, May 11, 2008

Hub Halal Dunia 2010: Realiti atau Fantasi?

MALAYSIA HAB HALAL DUNIA 2010: REALITI ATAU FANTASI?

Oleh: Isma Addi Jumbri

PENDAHULUAN

Penubuhan Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC), peruntukan-peruntukan dan insentif lain oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) memperlihatkan kepada kita betapa kerajaan serius dan komited dalam menuju ke arah Hab Halal Dunia 2010. Bukan itu sahaja, berkuatkuasa pada 17 April 2008 HDC telah mengambilalih tugas mengeluarkan sijil halal Malaysia yang sebelum ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-lima yang diadakan pada 7 hingga 11 Mei 2008 menjadikan usaha ke arah matlamat tersebut semakin menjadi realiti. Pada kali ini, MIHAS yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) Kuala Lumpur, dijangka melibatkan seramai 500 penyertaan dari 30 buah negara serta lebih daripada 40,000 pelawat. Perlu disedari konsep halal bukan hanya terhad kepada sektor makanan dan minuman sahaja. Oleh itu, bertepatan dengan kehadiran MIHAS yang turut meliputi lima sektor utama semasa pameran iaitu makanan dan minuman, farmaseutikal dan produk herba, kosmetik dan penjagaan kesihatan, perbankan dan kewangan dan jentera pemprosesan serta pembungkusan makanan.

PERKEMBANGAN MIHAS

Cetusan MIHAS yang bermula pada 2004 bukan hanya seperti pameran biasa. Bahkan, MIHAS turut berupaya mewujudkan peluang kepada peniaga dan pengguna industri halal untuk membentuk kerjasama perniagaan dan perdagangan baru menerusi Misi Pembelian Masuk (IBM) yang dilaksanakan semasa pameran. Oleh itu, MIHAS dilihat sebagai platform terbaik khususnya kepada usahawan Muslim di Malaysia yang majoritinya berketurunan Bumiputera dan berbangsa Melayu untuk mewujudkan jaringan perniagaan dan memperluaskan pasaran ke arena global, mengetahui kaedah pengeluaran serta pemprosesan terkini dalam meningkatkan kualiti serta produktiviti produk keluaran mereka.

Berdasarkan statistik MIHAS yang lepas, pada 2005 MIHAS telah berjaya menarik 332 penyertaan dan meningkat kepada 392 pada 2006. Impak positif daripada MIHAS ini telah menarik seramai 426 penyertaan pula pada 2007. Manakala, penglibatan negara yang menyertai MIHAS juga menunjukkan perkembangan yang positif. Bermula hanya 18 buah negara pada 2005 dan 17 buah negara pada 2006, ia telah meningkat kepada 26 buah negara pada 2007. Bukan itu sahaja, kesedaran akan kepentingan produk halal dalam kehidupan telah memberi petunjuk positif apabila bilangan pengunjung ke pameran ini bertambah setiap tahun. Sebagai perbandingan, terdapat peningkatan hampir tiga kali ganda jumlah pengunjung ke MIHAS jika dibandingkan pada 2005 dengan tahun 2007.

MIHAS ke-lima kali ini memperkenalkan sektor baru iaitu sektor jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan buat pertama kali pada tahun ini. Sektor ini sangat bertepatan kerana konsep halal bukan hanya terbatas kepada bahan asas yang digunakan dalam menghasilkan produk akhir semata-mata. Malah, ia mencakupi konsep yang lebih luas iaitu bermula dari peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir dan sehinggalah sesuatu produk itu sedia untuk dimakan. Penggunaan jentera dalam pemprosesan dan pembungkusan makanan bukan sahaja berupaya menjadikan pengeluaran lebih berkualiti, produktif, efektif dan efisyen. Bahkan, kehadiran sektor ini turut dilihat berupaya menangani krisis kekurangan bahan makanan yang melanda seluruh dunia pada masa kini.

PRODUK HALAL BERPOTENSI TINGGI

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, produk halal sememangnya mempunyai potensi besar dan permintaan yang tinggi. Misalnya, jika sebelum ini penyertaan MIHAS didominasi oleh negara-negara ASEAN, kini ia turut mendapat sambutan dari negara lain. Sebagai bukti, penyertaan MIHAS 2007 telah berjaya menarik perhatian lima buah negara iaitu Argentina, Kanada, Croatia, Kuwait dan Morocco. MIHAS yang lalu turut melibatkan penyertaan daripada negara-negara bukan Islam seperti Australia, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat. MIHAS 2007 juga telah berjaya memperolehi jualan sebenar dan berpotensi kira-kira RM260 juta dan angka ini dijangka akan bertambah sehingga 30 peratus pada MIHAS 2008 kali ini. Ini berikutan dengan penambahan bilangan gerai kepada 600 berbanding 500 gerai pada tahun lalu.

Penduduk Islam yang hampir mencapai dua billion orang dan 60 peratus terdiri daripada penduduk di Asia menjadikan hasrat Malaysia sebagai Hab Halal Dunia 2010 suatu realiti. Sebagai perbandingan, jika diambil pasaran bagi negara Asia Tenggara sahaja yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, China dan ditambah dengan pasaran Asia Barat dianggarkan mencecah satu billion orang sasaran pasaran produk halal ini. Ini tidak termasuk dengan pasaran dari negara Islam lain seperti negara Timur Tengah misalnya Saudi Arabia dan Emiriyah Arab Bersatu (UEA) yang sememangnya menjadikan pasaran produk halal begitu besar dan mempunyai prospek yang tinggi. Ditambah lagi dengan nilai pasaran global bagi produk halal yang dianggarkan sebanyak RM8 trillion setahun. Maklumat daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menunjukkan pasaran beku halal dijangka berupaya mencapai RM193 billion menjelang 2010 menjadikan hala tuju Malaysia ke arah Hab Halal Dunia 2010 suatu realiti dan bukan fantasi. Tidak hairanlah, Singapura juga pernah menyatakan hasrat dan menawarkan diri sebagai negara pengeluar produk halal dunia.

Namun, jika Malaysia alpa dan rakyat negara ini khususnya mereka yang beragama Islam tidak mengambil peluang serta melibatkan diri bersama-sama dalam merealisasikan Malaysia ke arah Hab Halal Dunia 2010. Pastinya, hasrat ini hanyalah fantasi dan boleh diibaratkan “pungguk rindukan bulan”. Oleh itu, adalah sangat digesa agar umat Islam di Malaysia khususnya golongan Bumiputera dan Melayu yang majoritinya beragama Islam menyedari, bangun dan mengambil langkah dengan melibatkan diri dalam industri halal ini. Jangan dibiarkan berterusan industri halal dikuasai dan dimonopoli oleh bukan Islam. Jangan nanti kita hanya sebagai pengguna akhir dan situasi pada masa itu ibarat “kerbau punya susu, sapi dapat namanya”.

HALAL SEBAGAI JENAMA DUNIA

Penyerahan tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan Jakim dan kini diserahkan kepada HDC dilihat sebagai langkah positif dalam memartabatkan halal sebagai jenama dunia. Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz pengambilalihan tugas ini juga bermakna HDC turut bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal Malaysia termasuk bagi produk dari negara luar yang menggunakan logo Jakim sebelum ini. Persoalan pembayaran untuk mendapatkan pensijilan dari peringkat antarabangsa juga akan diserahkan kepada HDC. Manakala, semua pengiktrafan oleh negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sijil halal yang dikeluarkan Jakim yang dahulunya ditadbir urus oleh Jakim kini akan diuruskan oleh HDC yang berpangkalan di Cyberjaya.

Hasilnya, peranan yang dimainkan oleh HDC bukan lagi bersifat lokal malah kini meliputi aspek yang lebih global. Dengan ini, ia meningkatkan lagi martabat dan menjadikan penerimaan pensijilan halal Malaysia di peringkat dunia. Jika ini berlaku dan menjadi realiti, kita sebagai rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khususnya akan berbangga kerana halal menjadi jenama dunia dan produk halal menjadi pilihan di seluruh dunia. Kenapa tidak? Sepertimana semua maklum, konsep halal juga sangat memberikan penekanan kepada aspek kebersihan dalam pemprosesan keseluruhan penghasilan makanan. Aspek kebersihan merupakan aspek yang universal dan diterima oleh semua orang tanpa mengira latar-belakang keturunan, agama, bangsa dan negara. Perubahan yang melanda, menjadikan Malaysia sekali gus sebagai pusat rujukan halal dunia dan hab halal dunia suatu realiti menjelang 2010.

Namun, penambahbaikan perlu dibuat dari semasa ke semasa bagi menjadikan pensijilan halal Malaysia diakui dan diterima di peringkat antarabangsa. Perlu juga disedari penjenamaan halal sebagai jenama dunia harus dibuat dengan lebih berhati-hati dan diperhalusi setiap tindak-tanduk yang bakal dilaksanakan. Ini kerana ia ditakuti musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan terhadap istilah halal yang sinonim dengan Islam. Lebih-lebih lagi jika sesuatu yang negatif berlaku terhadap produk yang mendapat pensijilan halal dari Malaysia dan jangan nanti “kerana nila setitik, susu sebelanga rosak binasa”.

SUATU REALITI BUKAN FANTASI

Penglibatan semua pihak terutama umat Islam di Malaysia dalam industri halal menjadikan lagi hasrat negara ke arah Hab Halal Dunia 2010 suatu realiti dan bukannya fantasi. Namun, jika umat Islam terus leka dan alpa dek kerana hiburan realiti, mencari idola dan rentak juara yang tiada berkesudahan, pastinya ia hanya sebagai fantasi. Jangan nanti nasib umat Islam di Malaysia diibaratkan seperti “sepuluh jung masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga”. Bersamalah kita menceburkan diri dalam industri halal ini.

Bagi merealisasikannya, setiap individu perlu memainkan peranan dan melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung. Penglibatan diri dalam industri halal meliputi skop yang luas sama ada kita melibatkan diri sebagai pemasar, pemborong, pengedar, peruncit, penyedia, pembekal atau pun pengguna yang mengutamakan produk halal. Adakah kita menyedari kebanyakan pembekal bahan mentah makanan kita pada masa ini dikuasai dan dimonopoli oleh bukan Islam? Jangan dibiarkan ia berterusan dan bersama-samalah menjadikan Malaysia Hab Halal Dunia 2010 suatu yang realiti dan bukannya fantasi.